Profil Sekolah



Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah dibuka pada 1 Januari 2004. Allahyarham Tuan Hj Ahmad Fuad bin Ahmad telah dilantik sebagai Guru Besar SK Taman Melati pada tahun yang sama sekolah tersebut dibuka. Guru Besar turut dibantu oleh En.Azman b Mohd Razali selaku GPK1. Wan Zainab bt Wan Abas sebagai GPK HEM dan En. Hasanol Said bin Mohd Sabri GPK KOKO. SK Taman Melati mempunyai sesi pagi sahaja.

Bilangan guru pada tahun 2004 ialah seramai 28 orang. Terdapat 300 orang murid dan 12 buah kelas telah dibuka pada tahun tersebut. SKTM yang berkeluasan 8 ekar ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk keselesaan pada para pelajar dan guru. Antaranya mini stadium yang menggunakan sintetik trek, ICT, klinik kesihatan murid, bilik gimnastik , perpustakaan yang lengkap dengan penghawa dingin, surau dan sebagainya.

Bilangan murid meningkat setiap tahun. Pada tahun 2005. Pra sekolah telah dibuka. Terdapat perubahan Pentadbiran pada Julai 2008 iaitu penerimaan Guru Besar baru iaitu Allahyarham En. Maiddin bin Surateman , Gpk 1, Pn. Jamilah binti Ariffin, GPK HEM, Pn.Hjh Jamaliah binti Mohd Yusof dan GPK Kokurikulum , En. Mohd Suhaili bin Mohd Yunus.

Pada tahun 2013 sekolah menerima Guru Besar baru iaitu En. Mohd Sadli bin Harun bagi menggantikan En. Maiddin bin Surateman yang telah pulang ke rahmatullah.(semasa dalam perkhidmatan)

Pada 15 Mei 2014 GPK Kokurikulum iaitu En. Mohd Suhaili bin Mohd Yunus telah bertukar ke SK Setapak Indah dan diganti oleh En. Shamsurri bin Salleh dari SK Setapak Indah kerana pertukaran guru setara.





Lencana Sekolah.



Rupa asal lencana - Tetikus(Mouse) 
- Salah satu komponen komputer
- Menggambarkan kepentingan Teknologi (IT) kepada generasi alaf baru yang celik IT

3 Warna pilihan

Biru Korporat - Warna satu komponen alaf baru era pengkoperatan
                        - Biru juga melambangkan kedamaian dan kesejahteraan. (Gabungan 2 warna utama)

Jingga(oren)   - Merah dan kuning
                        - Merah - berani, cekal
                        - Kuning- warna diraja lambang keadaulatan, Negara Berpelembagaan

Kelabu            - Dunia pendidikan mengamalkan kesamarataan dalam menuntut ilmu
                        - tiada jurang ekonomi , darjat , kaya atau miskin, agama dan bangsa.

Rupa

Bunga Raya    - Bunga kebangsaan negara Malaysia.
                         - 3 kelompok melambangkan  kaum terbesar Melayu, Cina dan India.

5 gelung/ 5 spora bunga raya 
- Malaysia sebuah negara Islam
   - Menjunjung rukun islam yang ke 5
   - Mendokong 5 prinsip Rukun Negara
   - 5 gelung bersambung melambangkan perpaduan rakyat
   - 5 gelung juga menunjukkan kemajuan dalam bidang sukan.

Jam Randik / Kelalang
-Kepesatan bidang Sains dan Teknologi yang sentiada berkembag maju setiap detik

Slogan sekolah (JITU)
-Gabungan perkataan Jaya, Iltizam, Tekun dan Usaha
  JITU = JAYA + ILTIZAM + TEKUN + USAHA





Lagu sekolah 



Jaya diri satu wawasan 
Bergerak bersama iltizam, 
Tekun usaha jadi iringan 
Ikrar kami jadi amalan

Tuntut ilmu demi kejayaan 
Untuk bangsa Malaysia 
Membina diri untuk harapan 
Masa depan yang cemerlang

Sekolah Kebangsaan Taman Melati 
Tuntut ilmu putera dan puteri 
Di sini kami teguh berdiri 
Puncak jaya untuk didaki

Jaya Iltizam Tekun berUsaha
Itulah Ikrar Janji Setia
Marilah kita Jayakan bersama
Untuk sekolah yang tercinta. 



Peta ke Sekolah



No comments:

Post a Comment